//FairyLife
The Intro
Diary About Linkies Others


Hi, Assalamualaikum. Call me Eyka, sweet 17. SPM victim this year >< Thank you for visit my ordinary blog. Do visit again, okay? {online user code here}


My Tagboard
//leave your paw here :3


Warning !

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.


Credits!
Template: Syuhada Rostam :3
Made Specially to: Tzulaikha Zakaria (aka My Beloved Big Sister)


cinta seorang lelaki kepada Dia lebih drpd GF nyee .... :')
Sunday, July 24, 2011 • Permalink • Add comment {0}
Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya,
Cantik betul. Sungguh! sampai saya takut
nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah,
Tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh
Saling bantu-membantu di suatu hari yang amat
Dahsyat di hadapan yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya.
Cantik betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung.
Bukannya cemburu orang lain tengok, Bukan!
Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup
macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila
Takut nanti dibakar dek api neraka,
di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan
yang Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya
Solid betul...Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa
'Dating' dengan kekasih dia yang utama, dia jaaaaaaauh
lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya
tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
Saya pun macam itu juga. Si dia tanya,
"Apa ubatnya, bang?" Saya pun bagi dia Al-Quran
Sebagai penenang jiwa semoga dia cintakan-Nya
lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam;
"Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok
nanti awak sakit saya juga yang susah hati bla bla bla."
Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar
dan maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun.
Aduuuuuuh berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya
mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya.
Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat,
ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi.

Ya Allah, ampunkanlah kami
Semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya,
Di syurga nanti.
Amin.

p/s ::: boys , tell ur girlfriend abt this :') sangat baik lelaki macam nii :')

Labels: