The Intro
My Tagboard
Warning !
Credits!
| KISAH SEORANG GADIS Monday, January 30, 2012 • Permalink • Add comment {0}
Assalamualaikum. Seorang perempuan yang hanya aku bagi gelaran Gadis. *Nak bercerita sekejap
Gadis yang dari kecil hanya hidup serba sederhana, tanpa kemewahan walaupun hidup di bandar. Kehilangan bapa sewaktu dia lagi kecil membuatkan dia berfikir yang dia lah bongsu didalam keluarga bersama-sama 3 orang abang nya. Jangkaan selalu nya tidak mengikut kita. Ibunya bernikah dengan seorang jejaka dan melahirkan adik perempuan yang hanya dianggap adik tiri. Dia merasakan hanya dialah yang bongsu didalam keluarga. Adik nya itu hanyalah adik sama ibu lain bapa. Cabaran semakin mengejar nya. Dia pun sudah mendekati ranjau kehidupan yang sebenar. Yang semakin menyakitkan. Apabila sewaktu Gadis berumur 9 tahun diuji dengan pemergian ibu yang disayangi nya :'( Pemergian ibunya mengubah seluruh kehidupan Gadis. Dia dan adiknya dibawa pulang kerumah bapa tiri nya dikampung. Buat sementara Gadis dan adiknya menetap di rumah anak saudara bapa tirinya yang digelar Pakcik. Dua minggu kemudian, Gadis dan adiknya dibawa kerumah pakciknya. Stibanya dia disitu, barulah dia tahu yang Pakcik ada seorang lagi isteri. Isterinya dikampung itu ialah isteri pertamanya. Sekarang, mimpi buruk bagi Gadis kerana dia tidak pernah menyangka yang dia ada seorang ibu tiri. Disingkatkan cerita, Gadis dah pun meningkat dewasa. Dikampung, tinggal Pakcik, adiknya dan pembantu rumah. Ibu tirinya dan kakak-kakak tirinya telah pun berpindah dari rumah. Jadi ada sedikit kebebasan bagi si Gadis. Gadis mula berkenalan dengan seorang lelaki yang sebayanya pada usia 15 tahun. Lelaki itu sangat menyayangi Gadis. Dia menganggap tiada perempuan lain yang sifatnya seperti Gadis. Bulan demi bulan dilanjutkan hubungan, namun tidak seindah yang disangka. Lelaki yang digelar N *bukan nama sebenar mulai menuduh Gadis bukan-bukan. Gadis dituduh selingkuh dan macam-macam lagi. Gadis tidak tahan lalu mengambil keputusan untuk meninggalkan N . Pada waktu yang sama, ketika itu hubungan Gadis dan S sudahpun renggang, Gadis berkawan dengan seorang lelaki yang 3 tahun lagi tua darinya. Gadis seakan niat hanya ingin berkawan kerana Gadis tidak percaya kan lelaki lagi. Tapi niat lelaki yang digelar M *bukan nama sebenar untuk mengenali Gadis lebih dari kawan. M mengambil masa berminggu untuk meyakinkan Gadis. Akhirnya, mereka bersama juga. Gadis berasa sangat gembira berbanding dengan N. Tapi, Gadis sendiri keliru dengan perasaan nya. Hubungan mereka diganggu dengan sikap N yang menyesal dengan tindakan nya terhadap Gadis dulu. Gadis semakin bercelaru. Samada antara N yang pernah dicintainya dulu ataupun M yang mencintai nya sekarang. Menjadi tanda tanya bagi si Gadis. Gadis mulai menyayangi N seperti dahulu kerana dia dihantui rasa bersalah. N memintanya untuk memutuskan M tetapi tidak disetujui oleh Gadis kerana Gadis menyayangi M. Gadis bertindak jujur untuk menceritakan segalanya kepada M, sekaligus hal itu menyakitkan hati si M . Pendapat M, N hanya perosak hubungan mereka. N menggunakan sifat rasa bersalah Gadis untuk bersama semula. N sanggup lakukan apa saja asalkan N dan Gadis bersama.Tapi, Gadis masih lagi bercelaru fikirannya untuk memilih antara dua. Gadis mendapat tahu yang dulu N asyik memarahinya kerana dia berasa tidak selesa hidup dan tinggal dirumah dengan cikgunya yang sentiasa mengongkong N daripada keluar rumah. Jadi, N tiada peluang untuk menjaga Gadis. Tetapi sekarang, N tinggal bersama neneknya, jadi N boleh bebas dari pengetahuan cikgunya. Antara N dan M , bagi Gadis, M yang terbaik, tapi Gadis merasakan yang dia masih ada lagi perasaan kepada N. TO BE CONTINUED .... |